Monday, 3 November 2014

In House Training DSKP TMK 2014 SK Pendek



 IN HOUSE TRAINING
KURSUS ORIENTASI DSKP TAHUN 5 TMK KSSR
2014




1.            DAERAH :  Kota Bharu

2.      KOD  DAN NAMA SEKOLAH : DBA1088

3.      NAMA KURSUS: KURSUS ORIENTASI DSKP TAHUN 5 TMK KSSR 2014

4.      TAHAP : Tahap 1 dan Tahap 2

5.      TARIKH DAN MASA :  18.10.2014   JAM : 8.00 – 12.00 T/HARI

6.      NAMA GURU PENYAMPAI :  Shamsuraiza bt Mohamed

7.      SASARAN : Semua guru TMK, Sains dan Bahasa Inggeris Tahun 5 dan 6

8.      Bil Peserta :  10 orang

9.      LOKASI : Makmal Komputer SK Pendek

10.  OBJEKTIF  ‘IN HOUSE TRAINING’ : Semua guru TMK, Sains dan Bahasa Inggeris
Tahun 5 dan 6 mengetahui dan memahami isi kandungan mata pelajaran
TMK Tahun 5.

11.  RINGKASAN KANDUNGAN ‘IN HOUSE TRAINING’
a.      Penerangan tentang DSKP Tahun 5 iaitu
i.                    Modul Sistem Rangkaian dan Dunia Internet
ii.                  Modul Dunia Pangkalan Data
b.      Penjelasan dan penerangan tentang kepentingan matapelajaran TMK.


12.      EDARAN BAHAN / HAND OUT:
a.      Kehadiran peserta
b.      Ringkasan penerangan tentang matapelajaran TMK.

13.      CATATAN / MAKLUMBALAS (Keseluruhan) : Semua guru TMK, Sains dan Bahasa Inggeris Tahun 5 dan 6 hadir dan memberi kerjasama penuh di dalam memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran TMK.



 

Perkembangan Teknologi Maklumat

PENGENALAN

SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Pada abad ke-20, banyak industri bertumbuh dengan pesat dalam membangunkan sektor elektronik, sektor pengkomputeran, dan juga bidang-bidang teknologi yang lain. Pada ketika itu, terdapat banyak penyelidikan telah dilakukan bagi membiayai inovasi serta permbaharuan dalam bidang jentera dan pengkomputan.Komputer komersil yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Pada akhir dekad 1970-an, penciptaan mikrokomputer dan diikuti oleh penciptaan komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan dan mempunyai pelbagai fungsi.Pada ketika itu, generasi pertama menggunakan tiub vakum, manakala generasi-generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini, menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skal sangat besar (VLSI).


DEFINISI TENTANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan denagan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.